Friday, 13 September 2013

ILMU PSIKOLOGI

Sebelum belajar Psikologi, apa yang ada dlm fikiran ialah psikologi adalah kaunseling. Jadi kaunselor. Sebenarnya tidak tepat. Kaunseling sebahagian dr psikologi. Itu hakikat. Belajar psikologi, pada tanggapan umum ialah ilmu ini akan mampu 'membaca' diri orang lain. Ok..maybe ada betulnya tapi penjelasan kepada membaca diri orang lain itu harus difahami dalam konteks yang betul dan bukan macam ahli nujum yang meramal mengikut ilmu ghaib dan mentera yang bersifat kabur dan tak berpijak di akal yang nyata.

Psikologi adalah ilmu bagaimana kita mengkaji tentang emosi, pemikiran dan tingkahlaku manusia secara saintifik dan sistematik. Ilmu ini adalah salah satu dr bidang sains juga walaupun bukan sains tulin. Pengkajiannya adalah secara sistematik dan di lapangan yang luas. Sumbernya adalah manusia, alam dan haiwan. Kalau ikut psikologi Islam, ada hubungkait dengan Allah seperti yang telah dikaji dan ditemui oleh Ibn Khaldun dahulu. Penemuan Ibn Khaldun telah diciplak dan dibawak balik oleh orentalis barat ke tempat mereka untuk dikembangkan tetapi mereka memsisahkan Allah dengan semua itu. Mereka menjadikannya secular. Mereka hanya mengkaji berdasarkan pemikiran dan akal.

Ilmu psikologi ini meliputi semua bidang, pendidikan, pekerjaan, social,malah apa saja. Ahli2 psikologi kebanyakkannya berupaya menemui ilmu dan penemuan penemuan idea yang baru. Apapun cerita kehidupan ini, ianya berkait dengan manusia dan haiwan serta alam. Selagi ada manusia dan haiwan, ilmu psikologi diperlukan untuk menterjemah dan menghuraikan berbagai bagai perkara dan konflik yang berlaku. Kesemua perkara dan konflik ini sukar difahami dengan tepat oleh ilmu lain.

Menariknya ilmu psikologi ini, ianya memberikan kita kefahaman dengan tepat dan mendahului orang lain. PAra pengkaji ilmu ini juga melihat dari perspektif yang tidak sama dengan orang lain. Mereka mampu menterjemahkan sesuatu berdasarkan kepada perkara sebenar yang berlaku. Contoh: seorang pekerja yang stress/tertekan sebab kerjanya di pejabat. Bagi orang biasa, mereka melihat tekanan itu berdasarkan kepada apa yang mampu dilihat saja. Kemungkinan kerja yang banyak, atau pengetahuan untuk melakukan kerja itu tidak mencukupi..ini menyebabkan stress...tetapi ahli psikologi melihat lebih luas dr itu. Ini kemungkinan wujudnya konflik dan sebab sebab yang menyebabkan wujudnya konflik. Mungkin juga pekerja itu tidak bermasaaalah tetapi struktur kerja yang masalah, atau type of leadership bossnya yang bermasaaalah...ada berbagai bagai sebab. Ahli psikologi akan mencari dan mengkaji kesemua ini. Mereka akan menemui sebab sebab sebenar dan langkah penyelesaiannya.

Itulah sedikit yang nk ckp pasal psikologi..maybe lain masa ...lain hati..kita ckp dan sembang lagi :)

2 comments:

  1. ilmu psikologi ni kdg2 x perlu belajar kan? die dtg sdri.. hhehe.. btl ke? sb dr segi maksud yg ditulis di atas, ldy rs pemikirn lady mcm tu, x pndg hanya dr 1 sudut sj..

    ReplyDelete
  2. kena belajar ...sebab ilmu ni bukan berbentuk general..dia bersifat sainstifik..apa yang mampu difikir oleh org biasa yg tk belajar..lain..sangat lain :)

    ReplyDelete