Wednesday 11 September 2013

Nak citer sikit....

Salam.... Posting sebelum ni cakap pasal belajar. ok..ayahsu dulu kalau nak kategorikan..jenis nakal lah. Malas belajar. masuk kelas main, buku langsung tak sentuh..ambik buku dalam keadaan baik dan baru..pulang balikpn barulah. Nak jelaskan mcm mana nakalnya, masa tingkatan 5, kelas BM tak pernah masuk, cikgu masuk depan, lari ikut pintu belakang, g lepas kelas kosong ke, belakang kantin ke atau mana mana yang selamat. Ni citer masa sihat, sebelum accident.

Bila dah accident, kerja, baru terasa bahawa ilmu sangat penting. Tanpa ilmu kita bukan siapa-siapa, tak dihiraukan pn, tak punya apa apa.. atas kesedaran itulah,cuba belajar walaupu diusia yang dah agak tua. Alhamdulilah, dari sijil SPM pangkat 3, ayahsu ambik diploma HR selama 4 tahun di OUM dan sebenarnya tidaklah teruk sangat...boleh lah capai CGPA 3 ke atas jugak lah. Bila dah ada ilmu, barulah rasa lain sikit, rasa lebih dihargai, punya banyak peluang dan mampu bersaing.

Bila kita dah mula belajar, akan lahir dalam diri kita rasa nak teruskan, rasa suka pada ilmu. Tiada pilihan lain untuk OKU selain kena cari ilmu. Kena minatkan diri untuk belajar. Tak kisahlah formal atau tidak. Tapi kalau formal dan diiktiraf lagi baik.

sekian untuk kali ni. Kita citer lagi lain kali.... :)

No comments:

Post a Comment