Tuesday 17 September 2013

Persatuan, kita dan hak.

Ye benar kalau dikatakan bahawa ada banyak persatuan yang berasaskan OKU. Namun bukan semua memperjuangkan nasib OKU, apa lagi pembangunan untuk OKU. Itu adalah hakikat. Bukan tidak ada yang ikhlas berjuang untuk meningkatkan taraf hidup, kepentingan dan aspek-aspek lain buat OKU, ada... namun sehingga kita, kepentingan dan pembangunan OKU dalam kebanyakan aspek masih lagi ketinggalan, masih ditakuk lama.

Ketepikan soal peluang memiliki harta oleh OKU, ketepikan soal pendidikan untuk OKU, ketepikan isu isu lain yang berkaitan OKU dahulu....kita fokus soal hak OKU untuk berada di dalam masyarakat secara fizikalnya, apakah kemudahan sudah cukup? jawapannya semua tahu...TIDAK. Ada banyak yang bersifat terpilih dan hanya wujud di beberapa bahagian sahaja di dunia Malaysia ini.

Kita bukan bercakap soal hak OKU untuk bersosial secara menyeluruh, kita fokus kepada hak OKU untuk bergerak bebas di dalam masyarakat itu sendiri. Kita tak mintak pun untuk mempunyai hak yang sama di dalam politik, kita mintak sedikit saja. Biar suara kita didengar.

Banyak persatuan bagus, kerana ia bergerak dalam kumpulan yang khusus namun seakan tiada usaha untuk bertindak secara lebih menyeluruh dan bersatu. Masing2 dengan idea dan tujuan yang khusus. Sampai bila? Bila lagi kita nak fikir untuk mempunyai struktur yang mantap, yang berkesan? Bila lagi untuk bergerak secara terancang? Harap semua peneraju persatuan dapat melihat perkara ini dengan sungguh sungguh.

2 comments:

  1. sbnrnye kerajaan dah menetapkan syarat2 tuk membina bangunan, jalanraya n semua infrastruktur2 lain dengan menitik beratkan keperluan oku.. tp jarang yg merealisasikannya dalam sebuah pembangunan sesuatu kwsn. kalau ade pun disalahgunakan oleh segelintir masyarakat kita tanpa sedikitpun perasaan bersalah.

    ReplyDelete
  2. ada benarnya Ladybird. Bukan kerajaan je..ada yang kerajaan dah buat..tapi penguatkuasaan dan pemantauan pn perlu..kajian..semua pihak termasuk rakyat kena terlibat dan bersungguh2...namun rangsangan dan sebab untuk mengerakkan mereka tu lah yang menjadi isu dan kena difikirkan. :)

    ReplyDelete