Monday 9 September 2013

Sabarnya OKU.......

Salam... OKU lagi... kali ni nk cakap pasal sifat sabar yang ada pada kita. Base pada pengalaman sendiri, orang lain akan melebel kita tidak sabar dan sensitif. Hakikat sebenarnya, orang tak akan faham dan tak ada kemahuan untuk faham. Bukan saja orang lain, malah mereka yang rapat dengan kita pun sukar nak faham. OKU ni terbahagi kepada dua, ada OKU akibat kemalangan dan sebagainya, yang sakit dan ada OKU yang sejak lahir atau tidak berkait dengan kesakitan. Ada beza antara kedua OKU ini.

Sebab tu dalam kaitan dengan masyarakat dan kerja atau apa saja, perlu ada kefahaman diberikan kepada mereka yang lain, yang normal, mengenai perbezaan ini dan cara memahami serta menanganinya. OKU yang sakit bukanlah meminta banyak sangat keistimewaan tetapi sedikit keperihatinan dan kelonggaran. Keperihatinan dan kelonggaran ini bersifat subjektif dan berbagai. Mungkin dari Suami, isteri, ayah ibu, majikan, masyarakat atau siapa saya yang mana ada kuasa dan tangggungjawab serta keterlibatan bersama. Contoh: Majikan yang ada pekerja OKU sakit ini, OKU boleh dan mampu bekerja tapi memerlukan sedikit keperihatinan seperti masa rehat yang fleksibel ke, masa kerja yang fleksibel ke, cuti yang fleksibel ke..atau ruang solat ke, tandas yang sesuai ke, atau jadual kerja yang fleksibel ke atau apa saja. Ini penting, kerana OKU yang sakit ada keupayaan yang terbatas atau terhad dr segi tenaga, kekuatan dan ketahanan badan dan sebagainya.

Kalau perkara ini tidak difahami, maka OKU yang sakit ini akan stress/tertekan dan hilang sabar..bukan atas sebab biasa tetapi atas sebab yang tidak tertanggung. Kalau orang normal demam sikit pn boleh moody, ni kan pulak OKU yang sememangnya 24jam dlm kesakitan....maksudnya sakit memanjanglah tapi masih perlu dan mesti bekerja. Ini contoh... sama juga OKU yang sakit sebagai isteri..suami kena difahamkan, suami OKU ..isteri kena difahamkan ...siapa sajalah....

OKU bukan tidak sabar tapi kesakitan akibat dari ketidakfahaman masyarakat yang dikurniakan kesihatan inilah yang menyebabkan mereka hilang sabar. Kalau diukur, tahap kesabaran OKU yang sakit ini jauh lebih kuat dari mereka yang lain...yang hanya sekali sekala rasa sakit.

Sekadar memberi kefahaman...sekadar yang mampu...atau ada pandangan lain..silalah kemukakan ..sama sama menyumbang untuk memahamkan orang lain.

3 comments:

  1. org x faham yohsu.. kalau org normal, duudk tu sudah dikire rehat.. tp kite sebaliknye.. duduk tp belanakng skt.. ttp tidak dinamakan rehat.. suami pun xkn fhm mslh tu.. jd diamkan je la.. :P..

    ReplyDelete
  2. Aha kan..kita ni sakit duduk, mcm orang travel dr Trg ke KL ..duduk je dlm kete tak bangun ..akhirnya sampai kl...Cuba rasa lenguhnya mcm mana..

    ReplyDelete
  3. Mcm tu la kita rasa hari hari :))

    ReplyDelete