Saturday, 26 October 2013

DANA OKU 2014

Assalamualaikum wat. Budget buat OKU sebanyak 441juta diumumkan. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan terima kasih juga kepada rakyat Malaysia, kerana ini duit rakyat.

Kita harapkan agar alirannya jelas, untuk apa, siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, kita harapkan ketelusan dan kebijaksanaan dalam pengurusan dana tersebut..

OKU perlukan pembangunan, selain dr penjagaan dan bantuan. Definisi OKU juga sudah melebar dan melebar juga lah harapan kita, dengan harapan agar ianya mestilah dalam lingkungan keperluan OKU, tidak ditiriskan kepada orang lain yang tidak kena mengena yang hanya ingin mengambil kesempatan.

Selepas ini kementerian atau Jabatan Perdana Menteri mesti mengeluarkan pelan strategik agar jelas aliran dana tersebut, agar berkesan dan menampakkan hasil. Keadaan skrg adalah sama seperti sejumlah daging yang terhidang di tengah tengah padang yang luas di mana semua kelaparan... Mesti ada pengawalan..kena ada pelan strategiknya. Tidak dapat tidak.

Akhirnya dgn adanya dana tersebut kemukakan perkembangan hasilnya, kemana dan bagaimana dana itu diuruskan , kemukakan terus kepada OKU melalui pembentangan yang telus. Biar semua menilai. Kemukakan juga kepada umum, biar rakyat tahu dan faham bagaimana dana itu digunakan.

Kotakan janji dan berfikirlah secara bijaksana dan berkesan. Jangan belanja pengurusan 80% dan yang sampai kepada OKU hanya 20%....

Wednesday, 23 October 2013

Harapan dan Impian

Salam.. Mahu percaya atau tidak, mahu terima atau tidak, hakikatnya OKU di Malaysia ini masih lagi didiskriminasikan. Tahap dislriminasi ini agak menyeluruh. OKU hanya diterima dalam beberapa keadaaan yang tertentu sahaja. Ketika orang politik mahukan sokongan, maka OKU di beri sedikit ruang, ketika hari raya, maka OKU dikaitkan untuk menampakkan mereka seolah olah sangat perihatin, ketika masing-masing ada kepentingan(termasuk masyarakat biasa sekalipun) barulah OKU diberi ruang dan diperlihatkan seolah olah OKU mendapat tempat dalam masyarakat dan dalam perkara-perkara tertentu.

Cakap cakap, janji janji memang berdegar, kalau kuat guruh, kuat lagi janji yang diberi. Yang pasti kuota 1% pn masih tidak dipenuhi. Walhal apa yang susahnya, perkara itu sudah dalam kawalan kerajaan, nak bagi atau tidak. Melambak OKU yang bijak pandai, yang ada kemampuan boleh bekerja. Swasta pn, dulu ada usaha untuk mengambil OKU bekerja sampai ada jawatankuasa khas di bawah kementerian Tenaga Kerja. tapi sekarang? Hanya sebilangan kecil saja yang diambil bekerja, dan itu pn OKU yang bekerja yang diambil itu terpaksa berhempas pulas untuk menyesuaikan diri, bukan kerana apa, kerana kemudahan OKU tidak disediakan.

Ye memang tidak adil kalau kita asyik menyalahkan kerajaan dan pihak lain, kita berterima kasih kepada kerajaan dan pihak lain yang sudah melaksanakanya tetapi masih jauh untuk berada di paras standard yang betul, yang mesti dilakukan. MAsih banyak usaha kena dilakukan, kena ikhlas dan kena sungguh2 dan kena bijaksana. OKU perlukan PEMBANGUNAN dan bukan sekadar bantuan.

OKU sendiri perlu berubah, persatuan OKU juga perlu berubah. Menaruh harapan ok tapi kena kita sendiri bergerak melaksanakannya. Antara harapan dan impian, seboleh bolehnya jadikan keduanya kenyataan dengan penglibatan ikhlas, jujur, bijaksana, bersungguh sungguh, tidak hipokrit oleh semua, kerajaan, swasta, masyarakat, siapa saja dan termasuk OKU sendiri. Wassalam.