Saturday 28 September 2013

Ke arah pemikiran yang konstruktif.

Namun apa itu konstruktif? Ianya adalah bermaksud membina falsafah. Dalam konteks yang ayahsu ingin katakana ialah bila kita berfikir, ianya harus meliputi dari A sampai ke Z. Dari mengenalpasti apa kita mahukan/matlamat/masalah, kepada bagaimana ianya dihuraikan/dibuat/dilihat sehingga kepada penyelesaian dan pemantuan. Contoh mudah nak faham, Kita ada masalah adik/anak yang tidak mahu bersekolah. Ini masalah.

Caranya, KITA JANGAN MARAH/NASIHAT DIA DAHULU…. kita dah tahu ..masalahnya ialah dia tak mahu bersekolah, ok.. selepas itu kita mesti tau berapa kali dah dia tidak bersekolah tanpa sebab dan sebab, atau dia ponteng. Kita akan membuat sedikit penyiasatan dan kajian. Kita jumpa cikgu, tengok fakta sebenar. Sekarang kita sudah miliki fakta. Kedua kita adakan sesi perbincangan dengan adik/anak itu. Lihat melalui pandangan dia…cuba faham apa dia rasa dan fikir. Lihat kalau ada peristiwa2 tertentu yang menganggu dia. Setelah itu, kita cuba rumuskan dan cari penyelesaian.

Apabila kita panggil dia kali kedua, kita olah penemuan kita seolah olah kita adalah dia, kita minta dia lakukan beberapa hasil penemuan kita dan kalau dia tak mampu lakukan seorang, kita cuba bantu dia, bersama sama dia. Di pihak adik/anak, dia akan rasa kita bersama dan berpihak kepada dia tapi dalam bentuk dan cara yang betul. Akhirnya kita pantau dan lihat/evaluate samaada cara kita itu berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan, replan balik. Ini pemikiran konstruktif. Kalau pemikiran biasa, kita akan marah dia dan paksa dia. Ini semua orang tahu, hasilnya macam mana, kalau dia ikut pn, hasilnya tidak begitu bagus malah lebih buruk.

Untuk memudahkan kita berfikir secara konstruktif, adalah lebih baik kita membaca penemuan merkea yang terdahulu yang telah diktiraf. Teori dalam soal ini sangat membantu kita membentuk mekanisma tindakan dan mekanisma pemikiran. Moga saranan ini bermanafaat buat kita. Cuba ye.. :)))

Saturday 21 September 2013

OKU bercinta dan berkawin.

Pic Ihsan dari FB Azliza Zulaikha Ibrahim

Salam..

Nak ckp pendek je pasal ni. Nak pk soal kawin ok..boleh saja. Tapi sebelum nk kawin..selesaikan dulu masalah sendiri. Kewangan sendiri, kawalan perasaan sendiri, kematangan sendiri, sosial sendiri, agama sendiri..br pk soal kawin. Kalau bercinta pn dah terbawak bawak dengan perasaan, agak susah nanti.

Perkahwinan merupakan ikatan sah dan halal yang akan meniti gelombang dan halangan. Tapi bukan tak adil kalau asyik ckp pasal derita dan halangan je kan..ada kebahagiaan tapi bukan mudah untuk seorang OKU. KIta memerlukan tahap KENDIRI yang ampuh dan jitu. Baru boleh kawin.

Tuesday 17 September 2013

Persatuan, kita dan hak.

Ye benar kalau dikatakan bahawa ada banyak persatuan yang berasaskan OKU. Namun bukan semua memperjuangkan nasib OKU, apa lagi pembangunan untuk OKU. Itu adalah hakikat. Bukan tidak ada yang ikhlas berjuang untuk meningkatkan taraf hidup, kepentingan dan aspek-aspek lain buat OKU, ada... namun sehingga kita, kepentingan dan pembangunan OKU dalam kebanyakan aspek masih lagi ketinggalan, masih ditakuk lama.

Ketepikan soal peluang memiliki harta oleh OKU, ketepikan soal pendidikan untuk OKU, ketepikan isu isu lain yang berkaitan OKU dahulu....kita fokus soal hak OKU untuk berada di dalam masyarakat secara fizikalnya, apakah kemudahan sudah cukup? jawapannya semua tahu...TIDAK. Ada banyak yang bersifat terpilih dan hanya wujud di beberapa bahagian sahaja di dunia Malaysia ini.

Kita bukan bercakap soal hak OKU untuk bersosial secara menyeluruh, kita fokus kepada hak OKU untuk bergerak bebas di dalam masyarakat itu sendiri. Kita tak mintak pun untuk mempunyai hak yang sama di dalam politik, kita mintak sedikit saja. Biar suara kita didengar.

Banyak persatuan bagus, kerana ia bergerak dalam kumpulan yang khusus namun seakan tiada usaha untuk bertindak secara lebih menyeluruh dan bersatu. Masing2 dengan idea dan tujuan yang khusus. Sampai bila? Bila lagi kita nak fikir untuk mempunyai struktur yang mantap, yang berkesan? Bila lagi untuk bergerak secara terancang? Harap semua peneraju persatuan dapat melihat perkara ini dengan sungguh sungguh.

Monday 16 September 2013

KETAHANAN

Bercakap soal ketahanan, berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Ada orang yang memang tahan walau apapun yang dia alami atau tempuh, ada orang yang ketahanan dia hanya sekejap saja, ada orang yang memang tak tahan langsung. Ketahanan ni boleh jadi secara fizikal atau spritual/mental.

Ketahanan fizikal boleh dilatih. Kalau banyak latihan jasmani, maka tahanlah :) Ketahanan spritual/mental ni yang sukar hendak dilatih sebab ianya berkait dengan banyak perkara. Iannya diperngaruhi oleh:-

1. NIlai peribadi iaitu kalau sesuatu tu berkait atau menyentuh nilai peribadi, dia mula tak tahan..contoh..ada orang yang menghina ibubapa, keluarga dan orang yang dia sayang..sah sah tak tahan. Jarang orang yang mempunyai ketahanan ini.

2. Ketahanan dipengaruhi oleh cara berfikir seseorang. Kalau dia banyak menggunakan akal pemikiran, maka ketahanan dia lebih kuat berbanding mereka yang menggunakan perasaan.

3. Ketahanan bergantung juga kepada ilmu seseorang. Ilmu yang membentuk cara berfikir.

4. Ketahanan mental ini juga dipengaruhi oleh faktor2 lain spt..faktor ekonomi ...kalau yang dia tempuhi berkait dengan kewangan, maybe dia tak tahan atau mulai goyah. Atau sebab lain, politik ke..ada orang yang fanatik..so kalau sentuh pasal tu..dia mulai goyah dan tak mampu bertahan.

so sama sama lah kita fokus dan bangunkan/develop soal ketahanan diri ni. Konsepnya..ketahanan tinggi, kejayaan pn tinggi :)

Saturday 14 September 2013

Signal(isyarat) OKU

KIta bercakap dalam bahasa yang sama namun signal/isyarat yang kita beri tidak memberi makna yang sama. Semua orang berbeza, semua kumpulan dalam masyarakat berbeza, termasuk golongan OKU. Isunya, apakah isyarat/signal yang menerangkan makna dan maksud dari kita sudah mencukupi untuk difahami dan dipertimbangkan oleh pihak yang kita mahukan ianya membela dan melaksanakanya untuk kita?

Mungkin signal/isyarat kita lemah dah tidak diendahkan, atau signal//isyarat kita beri dengan makna tertentu telah dipesongkan dan akhirnya matlamat yang kita tetap tidak tercapai. Signal dan isyarat dari kita harus kuat dan konsisten. Kekuatan signal/isyarat terletak kepada penyatuan kita, terletak pada kekuatan ilmu kita, terletak kepada keikhlasan hati hati kita, kejujuran, kebijaksanaan dan betapa hikmahnya kita.

Apakah kita memberi fokus kepada kekuatan kita ini sebelum sesuatu isyarat/signal dipancarkan kepada pihak lain? Inilah yang sama sama kita kena renung dan fikir serta bahaskan. Jangan salahkan orang lain walau mereka salah... kita bukan saja berhadapan dengan kerajaan tetapi berhadapan dengan seluruh masyarakat yang harus difahamkan. Signal kita harus kuat dan berhikmah.

Friday 13 September 2013

ILMU PSIKOLOGI

Sebelum belajar Psikologi, apa yang ada dlm fikiran ialah psikologi adalah kaunseling. Jadi kaunselor. Sebenarnya tidak tepat. Kaunseling sebahagian dr psikologi. Itu hakikat. Belajar psikologi, pada tanggapan umum ialah ilmu ini akan mampu 'membaca' diri orang lain. Ok..maybe ada betulnya tapi penjelasan kepada membaca diri orang lain itu harus difahami dalam konteks yang betul dan bukan macam ahli nujum yang meramal mengikut ilmu ghaib dan mentera yang bersifat kabur dan tak berpijak di akal yang nyata.

Psikologi adalah ilmu bagaimana kita mengkaji tentang emosi, pemikiran dan tingkahlaku manusia secara saintifik dan sistematik. Ilmu ini adalah salah satu dr bidang sains juga walaupun bukan sains tulin. Pengkajiannya adalah secara sistematik dan di lapangan yang luas. Sumbernya adalah manusia, alam dan haiwan. Kalau ikut psikologi Islam, ada hubungkait dengan Allah seperti yang telah dikaji dan ditemui oleh Ibn Khaldun dahulu. Penemuan Ibn Khaldun telah diciplak dan dibawak balik oleh orentalis barat ke tempat mereka untuk dikembangkan tetapi mereka memsisahkan Allah dengan semua itu. Mereka menjadikannya secular. Mereka hanya mengkaji berdasarkan pemikiran dan akal.

Ilmu psikologi ini meliputi semua bidang, pendidikan, pekerjaan, social,malah apa saja. Ahli2 psikologi kebanyakkannya berupaya menemui ilmu dan penemuan penemuan idea yang baru. Apapun cerita kehidupan ini, ianya berkait dengan manusia dan haiwan serta alam. Selagi ada manusia dan haiwan, ilmu psikologi diperlukan untuk menterjemah dan menghuraikan berbagai bagai perkara dan konflik yang berlaku. Kesemua perkara dan konflik ini sukar difahami dengan tepat oleh ilmu lain.

Menariknya ilmu psikologi ini, ianya memberikan kita kefahaman dengan tepat dan mendahului orang lain. PAra pengkaji ilmu ini juga melihat dari perspektif yang tidak sama dengan orang lain. Mereka mampu menterjemahkan sesuatu berdasarkan kepada perkara sebenar yang berlaku. Contoh: seorang pekerja yang stress/tertekan sebab kerjanya di pejabat. Bagi orang biasa, mereka melihat tekanan itu berdasarkan kepada apa yang mampu dilihat saja. Kemungkinan kerja yang banyak, atau pengetahuan untuk melakukan kerja itu tidak mencukupi..ini menyebabkan stress...tetapi ahli psikologi melihat lebih luas dr itu. Ini kemungkinan wujudnya konflik dan sebab sebab yang menyebabkan wujudnya konflik. Mungkin juga pekerja itu tidak bermasaaalah tetapi struktur kerja yang masalah, atau type of leadership bossnya yang bermasaaalah...ada berbagai bagai sebab. Ahli psikologi akan mencari dan mengkaji kesemua ini. Mereka akan menemui sebab sebab sebenar dan langkah penyelesaiannya.

Itulah sedikit yang nk ckp pasal psikologi..maybe lain masa ...lain hari..kita ckp dan sembang lagi :)

ILMU PSIKOLOGI

Sebelum belajar Psikologi, apa yang ada dlm fikiran ialah psikologi adalah kaunseling. Jadi kaunselor. Sebenarnya tidak tepat. Kaunseling sebahagian dr psikologi. Itu hakikat. Belajar psikologi, pada tanggapan umum ialah ilmu ini akan mampu 'membaca' diri orang lain. Ok..maybe ada betulnya tapi penjelasan kepada membaca diri orang lain itu harus difahami dalam konteks yang betul dan bukan macam ahli nujum yang meramal mengikut ilmu ghaib dan mentera yang bersifat kabur dan tak berpijak di akal yang nyata.

Psikologi adalah ilmu bagaimana kita mengkaji tentang emosi, pemikiran dan tingkahlaku manusia secara saintifik dan sistematik. Ilmu ini adalah salah satu dr bidang sains juga walaupun bukan sains tulin. Pengkajiannya adalah secara sistematik dan di lapangan yang luas. Sumbernya adalah manusia, alam dan haiwan. Kalau ikut psikologi Islam, ada hubungkait dengan Allah seperti yang telah dikaji dan ditemui oleh Ibn Khaldun dahulu. Penemuan Ibn Khaldun telah diciplak dan dibawak balik oleh orentalis barat ke tempat mereka untuk dikembangkan tetapi mereka memsisahkan Allah dengan semua itu. Mereka menjadikannya secular. Mereka hanya mengkaji berdasarkan pemikiran dan akal.

Ilmu psikologi ini meliputi semua bidang, pendidikan, pekerjaan, social,malah apa saja. Ahli2 psikologi kebanyakkannya berupaya menemui ilmu dan penemuan penemuan idea yang baru. Apapun cerita kehidupan ini, ianya berkait dengan manusia dan haiwan serta alam. Selagi ada manusia dan haiwan, ilmu psikologi diperlukan untuk menterjemah dan menghuraikan berbagai bagai perkara dan konflik yang berlaku. Kesemua perkara dan konflik ini sukar difahami dengan tepat oleh ilmu lain.

Menariknya ilmu psikologi ini, ianya memberikan kita kefahaman dengan tepat dan mendahului orang lain. PAra pengkaji ilmu ini juga melihat dari perspektif yang tidak sama dengan orang lain. Mereka mampu menterjemahkan sesuatu berdasarkan kepada perkara sebenar yang berlaku. Contoh: seorang pekerja yang stress/tertekan sebab kerjanya di pejabat. Bagi orang biasa, mereka melihat tekanan itu berdasarkan kepada apa yang mampu dilihat saja. Kemungkinan kerja yang banyak, atau pengetahuan untuk melakukan kerja itu tidak mencukupi..ini menyebabkan stress...tetapi ahli psikologi melihat lebih luas dr itu. Ini kemungkinan wujudnya konflik dan sebab sebab yang menyebabkan wujudnya konflik. Mungkin juga pekerja itu tidak bermasaaalah tetapi struktur kerja yang masalah, atau type of leadership bossnya yang bermasaaalah...ada berbagai bagai sebab. Ahli psikologi akan mencari dan mengkaji kesemua ini. Mereka akan menemui sebab sebab sebenar dan langkah penyelesaiannya.

Itulah sedikit yang nk ckp pasal psikologi..maybe lain masa ...lain hati..kita ckp dan sembang lagi :)

Thursday 12 September 2013

Antara Emosi, Pemikiran dan Iman.

Kebanyakan insan melihat OKU secara emosi dan sedikit sekali yang melihat dan menilai dengan pemikiran dan iman.

Wednesday 11 September 2013

Nak citer sikit....

Salam.... Posting sebelum ni cakap pasal belajar. ok..ayahsu dulu kalau nak kategorikan..jenis nakal lah. Malas belajar. masuk kelas main, buku langsung tak sentuh..ambik buku dalam keadaan baik dan baru..pulang balikpn barulah. Nak jelaskan mcm mana nakalnya, masa tingkatan 5, kelas BM tak pernah masuk, cikgu masuk depan, lari ikut pintu belakang, g lepas kelas kosong ke, belakang kantin ke atau mana mana yang selamat. Ni citer masa sihat, sebelum accident.

Bila dah accident, kerja, baru terasa bahawa ilmu sangat penting. Tanpa ilmu kita bukan siapa-siapa, tak dihiraukan pn, tak punya apa apa.. atas kesedaran itulah,cuba belajar walaupu diusia yang dah agak tua. Alhamdulilah, dari sijil SPM pangkat 3, ayahsu ambik diploma HR selama 4 tahun di OUM dan sebenarnya tidaklah teruk sangat...boleh lah capai CGPA 3 ke atas jugak lah. Bila dah ada ilmu, barulah rasa lain sikit, rasa lebih dihargai, punya banyak peluang dan mampu bersaing.

Bila kita dah mula belajar, akan lahir dalam diri kita rasa nak teruskan, rasa suka pada ilmu. Tiada pilihan lain untuk OKU selain kena cari ilmu. Kena minatkan diri untuk belajar. Tak kisahlah formal atau tidak. Tapi kalau formal dan diiktiraf lagi baik.

sekian untuk kali ni. Kita citer lagi lain kali.... :)

Tuesday 10 September 2013

KIta kena Usaha dan Usaha lagi...dan lagi,,dan lagi....

Salam.. Nak kerja? saya nk bagitau, walau pahit kena telan dan terima. OKU kalau nak kerja, kalau bersaing di pasaran terbuka, bakal majikan akan melihat kepada kelulusan, kemampuan kendiri, mampu melakukan kerja, tidak membebankan orang lain dan punya kelulusan. Zaman orang memberi kerja atas sebab perihatin hampir berlalu. Sekarang, zaman bersaing. OKU ke bukan OKU ke..semua bersaing, berebut untuk bekerja dan mendapat kerja yang baik dan mempunyai income yang baik. Kerajaan sendiri pn mencari pekerja/kakitangan yang berkebolehan, apalagi swasta yang mementingkan keuntungan. So wahai sahabat2 OKU..ada peluang belajar..belajar lah..cari kemahiran..sampai kita mampu bersaing di pasaran kerja secara terbuka. Kita tiada kekurangan pn sebenarnya selagi minda kita berfungsi. Yang duduk di kerusi manager..mengurus tak perlu guna tenaga pn..dia guna akal/minda.So kenapa kita tak boleh?? Posting ni bukan nak takutkan sahabat2 tapi nak sahabat2 berusaha dan tingkatkan keyakinan diri ....kuatkan smangat...cuba lagi dan lagi...usaha lagi dan lagi...jangan mengalah.. :))

Monday 9 September 2013

Sabarnya OKU.......

Salam... OKU lagi... kali ni nk cakap pasal sifat sabar yang ada pada kita. Base pada pengalaman sendiri, orang lain akan melebel kita tidak sabar dan sensitif. Hakikat sebenarnya, orang tak akan faham dan tak ada kemahuan untuk faham. Bukan saja orang lain, malah mereka yang rapat dengan kita pun sukar nak faham. OKU ni terbahagi kepada dua, ada OKU akibat kemalangan dan sebagainya, yang sakit dan ada OKU yang sejak lahir atau tidak berkait dengan kesakitan. Ada beza antara kedua OKU ini.

Sebab tu dalam kaitan dengan masyarakat dan kerja atau apa saja, perlu ada kefahaman diberikan kepada mereka yang lain, yang normal, mengenai perbezaan ini dan cara memahami serta menanganinya. OKU yang sakit bukanlah meminta banyak sangat keistimewaan tetapi sedikit keperihatinan dan kelonggaran. Keperihatinan dan kelonggaran ini bersifat subjektif dan berbagai. Mungkin dari Suami, isteri, ayah ibu, majikan, masyarakat atau siapa saya yang mana ada kuasa dan tangggungjawab serta keterlibatan bersama. Contoh: Majikan yang ada pekerja OKU sakit ini, OKU boleh dan mampu bekerja tapi memerlukan sedikit keperihatinan seperti masa rehat yang fleksibel ke, masa kerja yang fleksibel ke, cuti yang fleksibel ke..atau ruang solat ke, tandas yang sesuai ke, atau jadual kerja yang fleksibel ke atau apa saja. Ini penting, kerana OKU yang sakit ada keupayaan yang terbatas atau terhad dr segi tenaga, kekuatan dan ketahanan badan dan sebagainya.

Kalau perkara ini tidak difahami, maka OKU yang sakit ini akan stress/tertekan dan hilang sabar..bukan atas sebab biasa tetapi atas sebab yang tidak tertanggung. Kalau orang normal demam sikit pn boleh moody, ni kan pulak OKU yang sememangnya 24jam dlm kesakitan....maksudnya sakit memanjanglah tapi masih perlu dan mesti bekerja. Ini contoh... sama juga OKU yang sakit sebagai isteri..suami kena difahamkan, suami OKU ..isteri kena difahamkan ...siapa sajalah....

OKU bukan tidak sabar tapi kesakitan akibat dari ketidakfahaman masyarakat yang dikurniakan kesihatan inilah yang menyebabkan mereka hilang sabar. Kalau diukur, tahap kesabaran OKU yang sakit ini jauh lebih kuat dari mereka yang lain...yang hanya sekali sekala rasa sakit.

Sekadar memberi kefahaman...sekadar yang mampu...atau ada pandangan lain..silalah kemukakan ..sama sama menyumbang untuk memahamkan orang lain.

Siapalah kita........

Apalah yang ada pada kita, tak punya kelebihan apa apa, hanya sekadar sedikit usaha yang sebenarnya tak memberi makna kecuali atas kehendakNya. Perjalanan kita dipenuhi simpang siurnya, dan kita kerap kali keliru menghadapinya, masih juga kita tak punya apa apa..sedikit ilmu tidak cukup untuk meneranginya....kita masih lagi mencari dan terus mencari....dan perjalanan kita masih lagi atas belas ihsanNya...

BIla OKU Positif

Salam…..
Kita lesu, tepu dan kaku.  Gambaran betapa kita tidak mampu aktif dan positif.  Kalau tambah satu lagi perkataan OKU..ahaa sepadan lah tu..sinonim betul.  Inilah yang ada dalam kepala otak dan hujah manusia normal apabila berhadapan dengan konflik kepentingan, sekalipun OKU itu sebenarnya mampu berfikir sama tinggi, berperanan sama  tinggi dengan orang normal.
Ok…nak paham mudahnya macam ni… katakan OKU bekerja di satu tempat sebagai executive la contohnya, dia bagus, pencapaian dia baik..sehebat malah lebih hebat dr manusia normal yang sama level dengannya.  Apabila ini berlaku, manusia normal yang punya kepentingan yang sama akan mulai rasa sakit hati, cemburu, dan tak senang, sebab OKU mendahului dan lebih baik darinya.  Bersaing secara sihat, mereka kalah.
Lalu…akhirnya, yang mereka lakukan ialah membentuk persepsi, melebelkan OKU sebagai manusia lemah, beku dan tepu.  Hari demi hari, bukan seorang yang dibagitau, malah dihebahkan, akhirnya suatu kenyataan yang positif terhadap OKU sudah mulai bertukar menjadi negatif.  Sampai mulut ke mulut dan akhirnya mempengaruhi ketua jabatan dan pada masa penilaian prestasi, OKU dinilai rendah dan tidak adil.  Hanya semata mata persepsi negative yang direka oleh manusia normal yang tidak senang dengan pencapaian OKU.
Ini situasi yang berlaku.  So bagaimana mahu menghadapinya?
Pertama sabar.  Fahami dengan baik situasi tersebut.  Rancang strategi untuk menghadapinya.  Kenal pasti watak/pemain utama  yang memburukkan kita. Kekalkan keceriaan dan prestasi sedia ada.  Rekod semua hasil kerja bagi digunakan untuk menjawab sebarang tindakan salah apabila penilaian dilakukan kepada kita.  Ini boleh digunakan untuk dikemukakan kepada saluran yang betul dan biasanya rekod rekod kerja yang kemas, bukti-bukti kerja yang sistematik akan diberi perhatian oleh pihak atasan.
OKU perlu ada keberanian untuk bertindak…tapi kena smart dan bijak serta jangan marah-marah.  Kekalkan ketenanngan.  Kalau tak tenang dan marah…ianya akan digunakan lagi untuk mengambarkan kita(OKU) ini beremosi dan tidak terkawal perasaannya.  Sensitif dan sebagainya.  So sekali lagi..kekal tenang dan bertindak bijak.
Kekalkan juga perhubungan baik dengan semua orang. Ini penting sangat, sekalipun dengan mereka yang berniat jahat kepada kita.  Jangan terburu-buru bertindak.  Sabar, fikir dan rancang sebaik baiknya. 
Kalau ada apa apa tips lagi silalah tambah. J

Sunday 8 September 2013

Ketenangan


Kualiti


Kelebihan dan Kekurangan


Hubungan manusia berlaku atas dasar kekurangan dan kelebihan. Saling lengkap melengkapi. Kelemahan bukan diwujudkan untuk tujuan melemahkan tapi sebagai ruang untuk dimasuki oleh kelebihan. Apabila keduanya bercantum atau bertemu, maka K...EKUATAN dan KEMESRAAN akan menjelma.

Begitulah hubungan manusia. Untuk memudahkan kita memahami, lihat saja kedua tangan (jari) mampu bercantum kerana ada ruang kosong diantara jari jemari. Apabila jari jemari kanan bertemu kiri,membentuk genggaman. pautan...ianya menjadi kuat dan teguh

Kesedihan

Kita membawa diri ke tempat kita suka dan berjumpa org kita suka ketika kita sedih...

 tp paling menyedihkan ialah kita tidak meninggalkan kesedihan itu...

kita masih membawanya bersama.

Derita Dunia

Kita berada di antara sengketa dunia
membenam dan membunuh kemanusiaan
setiap hari, setiap detik dan saat
keinsanan dicampak, dipijak, dilunyai...

Kandungan dunia yang semakin tua
seolah sudah tiba masanya

keluhan pada kejahatan manusia
rintihan pada kebodohan manusia

dan benarlah kata pujangga
dunia juga seperti manusia
semakin tua...menunggu masa dah ketika.
See More

DIAM

Memilih untuk diam ketika kita mesti bercakap adalah kezaliman dan memilih untuk bercakap ketika kita mesti diam adalah kebodohan

Hikmah

Belajar utk berkata tidak dgn baik dan berhikmah, sebab dlm hidup ini kita tidak akan berjaya kalau hanya mengiyakan semua perkara.

 

Datang dan Pergi

Manusia datang dan pergi dalam hidup kita sebagai teman, sebagai kawan...dalam pelbagai bentuk nama dan kegunaannya, dan akhirnya terpulang kepada kita untuk membenarkan sejauh mana dan selama mana untuk mereka berfungsi dalam kehidupan kita sendiri.

Pintu Kebahagiaan

Ketika satu pintu kebahagiaan di hadapanmu ditutup, dibukakan pintu kebahagiaan lain yang dibelakangmu, di kiri kananmu, di atasmu....namun dek kerana terleka kesedihan dengan pintu kebahagiaan yang tertutup, maka kesemua pintu pintu kebahagiaan lainya terlepas dari pandanganmu dan tidak ada bezanya samaada ianya terbuka atau tertutup....... kesian kan hehehe

Sahabat Sejati

"Kawan atau sahabat yang tepat ialah bila kita bersama dengan dia..bila kita dekat dengan dia...kita dapat rasakan energy/tenaga. Kita jadi ceria dan bersemangat. Kawan/sahabat mcm ni, kena jaga betul2..give & take :)) "

Fikirlah Sejenak....

Kalau kalian sedang makan...berhenti sejenak..kalau sedang membaca..juga berhenti sejenak..kalau sedang mengelamun..stop kejap..hehe mari sama sama pk kan perkara ini.....

Berapa banyak dan berapa ratus atau ribu kali kita mengabaikan individu lain ketika kita berkomunikasi dengannya. Kita tidak menghadirkan diri, tidak fokus, tidak bersedia tapi kita meneruskan atau memulakan untuk berhubuung dengan individu itu..tak kiralah siapa dia...

Sungguh rugi bukan, ketika kita harus mendapat pulangan sepenuhnya, dek kerana kita tidak bersedia dan mengabaikan individu yang berhubung dengan kita, kita terlepas banyak peluang dan menerima banyak masalah.

Hati-hatilah dengan perangkap yang tersembunyi ini

OKU dan Masyarakat

Salam.....

Pertamanya terima kasih pada seorang sahabat Ladybird..kerana 'memaksa' ayahsu untuk berbicara di sini.  hihi

OKU.  emm apa yang terbayang di minda kalian kalau melihat perkataan itu? Secara jujurnya, persepsi masyarakat akan melihat perkataan itu dengan disertai simpati, lemah, perlu dibantu...mungkin juga menyusahkan, memalukan atau apa saja.  Pendek kata sukar mencari yang positif sekalipun ada.

Bagaimana dengan OKU sendiri? Kalian tentunya bersetuju kalau dikatakan perkataan itu menjadikan kalian rendah diri, senonim dgn kesusahan, dekat dengan penderitaan etc. kan? emm

Ye bukan tidak ada OKU yang positif..ada..namun sepositif mana pn..tetap akan ada kesukarannya, rasa sakit hati, sedih, pilu dan sebagainya...sebab kita sebagai OKU bukan bermain dan berhadapan dengan perasaan sendiri tetapi menghadapi masyarakat yang masih mentah dalam penerimaan dan keterbukaan kepada OKU.

Kuasa? kuasa hanya sedikit memberikan kita keselesaan, kita banyak mengadu kepadaNYa, kita banyak bermimpi dari menerima pertolongan secara reality.  Ke sana sini masih di bantu, walau kita mampu berusaha sendiri, namun dalam banyak keadaan, bukan kita tidak berusaha tetapi tiada kemudahan untuk kita.

Kalau mahu diceritakan tentang itu semua, tak akan pernah habis, tak akan pernah selesai..akhirnya kita yang sakit hati sendiri.

Lalu...bagaimana sikap yang harus kita ambil? apa langkah yang harus dimulai? Berfikir..dan bertindak dengan betul...bagaimana? tiada cara lain..salah satunya dengan memahami 'persekitaran' kita...memahami budaya bangsa kita sendiri, memahami setiap kerlingan, senyuman, cemuhan, kritikan dan segala macam yang dilemparkan kepada kita...setiap hari..setiap saat...oleh mcm mcm manusia dari pelbagai kedudukan..

Sebagai contoh: kita ke majlis perkahwinan.  Katakan kita berkerusi roda. Samaada kita bawak sendiri kereta atau menumpang.  Sesampai saja ke majlis, yang bermain di fikiran kita ialah..'ahh nanti semua mata akan melihat aku...mcm aku ini orang asing, macam orang dari planet lain'...

Ye ..memang itu terjadi...tapi perlu kita faham..dan terima bahawa kita ada kelainan..dan pastinya..yang baik hati..yang busuk hati akan memberi perhatian kepada kita..tapi dengan niat dan pandangan berbeza...

Kalian harus benarkan dan terima situasi tersebut.  Jangan harapkan apa apa, jangan mengharapkan layanan berbeza..andaikan saja kita akan mendapat seminima mungkin layanan dan keistimewaan..

Perlu di fahami ialah..kita tak mampu mengubah pandangan orang, apalagi sikap orang lain dalam masa sekejap. Tetapi kita mampu mengubah tingkah laku orang pada masa itu..bagaimana?

Mudah saja.... manusia akan tertarik kepada keceriaan...so senyum dan ceriakan diri...buat mcm biasa..amalkan ketenangan dalam setiap keadaaan..jangan panic atau gelabah... tegur kalau perlu..berbicara dan bercakaplah..berinteraksilah... Insyaalah tiada ruang untuk orang lain memandang rendah pada kita..semua akan ikut gembira dan senyum..ikut ceria.. syaratnya kita dahulu kena ceria. :))

Itu yang mampu mengubah tingkah laku manusia walau kita tak mampu mengubah sikap mereka.  Yang jahat..yang sinis..yang baik..yang budiman..semuanya akan senyum dan ramah dengan kita...bezanya ikhlas atau tidak..peduli apa kita hihihi

Kita hadir sekejap cuma..so gunakan ruang waktu dengan sebaiknya..lasanakan tugas kita sebagai ahli masyarakat..raikan majlis orang lain..kuatkan semangat dan fahami baik baik bahawa manusia ada sebab dan kepentingan masing masing...ada ego masing2... kita harus tau itu tapi tidak perlu melayan mereka ...kita hanya perlu ceriakan diri sendiri..yakin dengan diri sendiri..itu je yang perlu dilakukan...

ok lah..cukup lah sekadar itu..lain kali ayahsu bicara lagi... :)  wassalam.