Saturday 26 October 2013

DANA OKU 2014

Assalamualaikum wat. Budget buat OKU sebanyak 441juta diumumkan. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan terima kasih juga kepada rakyat Malaysia, kerana ini duit rakyat.

Kita harapkan agar alirannya jelas, untuk apa, siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, kita harapkan ketelusan dan kebijaksanaan dalam pengurusan dana tersebut..

OKU perlukan pembangunan, selain dr penjagaan dan bantuan. Definisi OKU juga sudah melebar dan melebar juga lah harapan kita, dengan harapan agar ianya mestilah dalam lingkungan keperluan OKU, tidak ditiriskan kepada orang lain yang tidak kena mengena yang hanya ingin mengambil kesempatan.

Selepas ini kementerian atau Jabatan Perdana Menteri mesti mengeluarkan pelan strategik agar jelas aliran dana tersebut, agar berkesan dan menampakkan hasil. Keadaan skrg adalah sama seperti sejumlah daging yang terhidang di tengah tengah padang yang luas di mana semua kelaparan... Mesti ada pengawalan..kena ada pelan strategiknya. Tidak dapat tidak.

Akhirnya dgn adanya dana tersebut kemukakan perkembangan hasilnya, kemana dan bagaimana dana itu diuruskan , kemukakan terus kepada OKU melalui pembentangan yang telus. Biar semua menilai. Kemukakan juga kepada umum, biar rakyat tahu dan faham bagaimana dana itu digunakan.

Kotakan janji dan berfikirlah secara bijaksana dan berkesan. Jangan belanja pengurusan 80% dan yang sampai kepada OKU hanya 20%....

Wednesday 23 October 2013

Harapan dan Impian

Salam.. Mahu percaya atau tidak, mahu terima atau tidak, hakikatnya OKU di Malaysia ini masih lagi didiskriminasikan. Tahap dislriminasi ini agak menyeluruh. OKU hanya diterima dalam beberapa keadaaan yang tertentu sahaja. Ketika orang politik mahukan sokongan, maka OKU di beri sedikit ruang, ketika hari raya, maka OKU dikaitkan untuk menampakkan mereka seolah olah sangat perihatin, ketika masing-masing ada kepentingan(termasuk masyarakat biasa sekalipun) barulah OKU diberi ruang dan diperlihatkan seolah olah OKU mendapat tempat dalam masyarakat dan dalam perkara-perkara tertentu.

Cakap cakap, janji janji memang berdegar, kalau kuat guruh, kuat lagi janji yang diberi. Yang pasti kuota 1% pn masih tidak dipenuhi. Walhal apa yang susahnya, perkara itu sudah dalam kawalan kerajaan, nak bagi atau tidak. Melambak OKU yang bijak pandai, yang ada kemampuan boleh bekerja. Swasta pn, dulu ada usaha untuk mengambil OKU bekerja sampai ada jawatankuasa khas di bawah kementerian Tenaga Kerja. tapi sekarang? Hanya sebilangan kecil saja yang diambil bekerja, dan itu pn OKU yang bekerja yang diambil itu terpaksa berhempas pulas untuk menyesuaikan diri, bukan kerana apa, kerana kemudahan OKU tidak disediakan.

Ye memang tidak adil kalau kita asyik menyalahkan kerajaan dan pihak lain, kita berterima kasih kepada kerajaan dan pihak lain yang sudah melaksanakanya tetapi masih jauh untuk berada di paras standard yang betul, yang mesti dilakukan. MAsih banyak usaha kena dilakukan, kena ikhlas dan kena sungguh2 dan kena bijaksana. OKU perlukan PEMBANGUNAN dan bukan sekadar bantuan.

OKU sendiri perlu berubah, persatuan OKU juga perlu berubah. Menaruh harapan ok tapi kena kita sendiri bergerak melaksanakannya. Antara harapan dan impian, seboleh bolehnya jadikan keduanya kenyataan dengan penglibatan ikhlas, jujur, bijaksana, bersungguh sungguh, tidak hipokrit oleh semua, kerajaan, swasta, masyarakat, siapa saja dan termasuk OKU sendiri. Wassalam.

Saturday 28 September 2013

Ke arah pemikiran yang konstruktif.

Namun apa itu konstruktif? Ianya adalah bermaksud membina falsafah. Dalam konteks yang ayahsu ingin katakana ialah bila kita berfikir, ianya harus meliputi dari A sampai ke Z. Dari mengenalpasti apa kita mahukan/matlamat/masalah, kepada bagaimana ianya dihuraikan/dibuat/dilihat sehingga kepada penyelesaian dan pemantuan. Contoh mudah nak faham, Kita ada masalah adik/anak yang tidak mahu bersekolah. Ini masalah.

Caranya, KITA JANGAN MARAH/NASIHAT DIA DAHULU…. kita dah tahu ..masalahnya ialah dia tak mahu bersekolah, ok.. selepas itu kita mesti tau berapa kali dah dia tidak bersekolah tanpa sebab dan sebab, atau dia ponteng. Kita akan membuat sedikit penyiasatan dan kajian. Kita jumpa cikgu, tengok fakta sebenar. Sekarang kita sudah miliki fakta. Kedua kita adakan sesi perbincangan dengan adik/anak itu. Lihat melalui pandangan dia…cuba faham apa dia rasa dan fikir. Lihat kalau ada peristiwa2 tertentu yang menganggu dia. Setelah itu, kita cuba rumuskan dan cari penyelesaian.

Apabila kita panggil dia kali kedua, kita olah penemuan kita seolah olah kita adalah dia, kita minta dia lakukan beberapa hasil penemuan kita dan kalau dia tak mampu lakukan seorang, kita cuba bantu dia, bersama sama dia. Di pihak adik/anak, dia akan rasa kita bersama dan berpihak kepada dia tapi dalam bentuk dan cara yang betul. Akhirnya kita pantau dan lihat/evaluate samaada cara kita itu berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan, replan balik. Ini pemikiran konstruktif. Kalau pemikiran biasa, kita akan marah dia dan paksa dia. Ini semua orang tahu, hasilnya macam mana, kalau dia ikut pn, hasilnya tidak begitu bagus malah lebih buruk.

Untuk memudahkan kita berfikir secara konstruktif, adalah lebih baik kita membaca penemuan merkea yang terdahulu yang telah diktiraf. Teori dalam soal ini sangat membantu kita membentuk mekanisma tindakan dan mekanisma pemikiran. Moga saranan ini bermanafaat buat kita. Cuba ye.. :)))

Saturday 21 September 2013

OKU bercinta dan berkawin.

Pic Ihsan dari FB Azliza Zulaikha Ibrahim

Salam..

Nak ckp pendek je pasal ni. Nak pk soal kawin ok..boleh saja. Tapi sebelum nk kawin..selesaikan dulu masalah sendiri. Kewangan sendiri, kawalan perasaan sendiri, kematangan sendiri, sosial sendiri, agama sendiri..br pk soal kawin. Kalau bercinta pn dah terbawak bawak dengan perasaan, agak susah nanti.

Perkahwinan merupakan ikatan sah dan halal yang akan meniti gelombang dan halangan. Tapi bukan tak adil kalau asyik ckp pasal derita dan halangan je kan..ada kebahagiaan tapi bukan mudah untuk seorang OKU. KIta memerlukan tahap KENDIRI yang ampuh dan jitu. Baru boleh kawin.

Tuesday 17 September 2013

Persatuan, kita dan hak.

Ye benar kalau dikatakan bahawa ada banyak persatuan yang berasaskan OKU. Namun bukan semua memperjuangkan nasib OKU, apa lagi pembangunan untuk OKU. Itu adalah hakikat. Bukan tidak ada yang ikhlas berjuang untuk meningkatkan taraf hidup, kepentingan dan aspek-aspek lain buat OKU, ada... namun sehingga kita, kepentingan dan pembangunan OKU dalam kebanyakan aspek masih lagi ketinggalan, masih ditakuk lama.

Ketepikan soal peluang memiliki harta oleh OKU, ketepikan soal pendidikan untuk OKU, ketepikan isu isu lain yang berkaitan OKU dahulu....kita fokus soal hak OKU untuk berada di dalam masyarakat secara fizikalnya, apakah kemudahan sudah cukup? jawapannya semua tahu...TIDAK. Ada banyak yang bersifat terpilih dan hanya wujud di beberapa bahagian sahaja di dunia Malaysia ini.

Kita bukan bercakap soal hak OKU untuk bersosial secara menyeluruh, kita fokus kepada hak OKU untuk bergerak bebas di dalam masyarakat itu sendiri. Kita tak mintak pun untuk mempunyai hak yang sama di dalam politik, kita mintak sedikit saja. Biar suara kita didengar.

Banyak persatuan bagus, kerana ia bergerak dalam kumpulan yang khusus namun seakan tiada usaha untuk bertindak secara lebih menyeluruh dan bersatu. Masing2 dengan idea dan tujuan yang khusus. Sampai bila? Bila lagi kita nak fikir untuk mempunyai struktur yang mantap, yang berkesan? Bila lagi untuk bergerak secara terancang? Harap semua peneraju persatuan dapat melihat perkara ini dengan sungguh sungguh.

Monday 16 September 2013

KETAHANAN

Bercakap soal ketahanan, berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Ada orang yang memang tahan walau apapun yang dia alami atau tempuh, ada orang yang ketahanan dia hanya sekejap saja, ada orang yang memang tak tahan langsung. Ketahanan ni boleh jadi secara fizikal atau spritual/mental.

Ketahanan fizikal boleh dilatih. Kalau banyak latihan jasmani, maka tahanlah :) Ketahanan spritual/mental ni yang sukar hendak dilatih sebab ianya berkait dengan banyak perkara. Iannya diperngaruhi oleh:-

1. NIlai peribadi iaitu kalau sesuatu tu berkait atau menyentuh nilai peribadi, dia mula tak tahan..contoh..ada orang yang menghina ibubapa, keluarga dan orang yang dia sayang..sah sah tak tahan. Jarang orang yang mempunyai ketahanan ini.

2. Ketahanan dipengaruhi oleh cara berfikir seseorang. Kalau dia banyak menggunakan akal pemikiran, maka ketahanan dia lebih kuat berbanding mereka yang menggunakan perasaan.

3. Ketahanan bergantung juga kepada ilmu seseorang. Ilmu yang membentuk cara berfikir.

4. Ketahanan mental ini juga dipengaruhi oleh faktor2 lain spt..faktor ekonomi ...kalau yang dia tempuhi berkait dengan kewangan, maybe dia tak tahan atau mulai goyah. Atau sebab lain, politik ke..ada orang yang fanatik..so kalau sentuh pasal tu..dia mulai goyah dan tak mampu bertahan.

so sama sama lah kita fokus dan bangunkan/develop soal ketahanan diri ni. Konsepnya..ketahanan tinggi, kejayaan pn tinggi :)

Saturday 14 September 2013

Signal(isyarat) OKU

KIta bercakap dalam bahasa yang sama namun signal/isyarat yang kita beri tidak memberi makna yang sama. Semua orang berbeza, semua kumpulan dalam masyarakat berbeza, termasuk golongan OKU. Isunya, apakah isyarat/signal yang menerangkan makna dan maksud dari kita sudah mencukupi untuk difahami dan dipertimbangkan oleh pihak yang kita mahukan ianya membela dan melaksanakanya untuk kita?

Mungkin signal/isyarat kita lemah dah tidak diendahkan, atau signal//isyarat kita beri dengan makna tertentu telah dipesongkan dan akhirnya matlamat yang kita tetap tidak tercapai. Signal dan isyarat dari kita harus kuat dan konsisten. Kekuatan signal/isyarat terletak kepada penyatuan kita, terletak pada kekuatan ilmu kita, terletak kepada keikhlasan hati hati kita, kejujuran, kebijaksanaan dan betapa hikmahnya kita.

Apakah kita memberi fokus kepada kekuatan kita ini sebelum sesuatu isyarat/signal dipancarkan kepada pihak lain? Inilah yang sama sama kita kena renung dan fikir serta bahaskan. Jangan salahkan orang lain walau mereka salah... kita bukan saja berhadapan dengan kerajaan tetapi berhadapan dengan seluruh masyarakat yang harus difahamkan. Signal kita harus kuat dan berhikmah.