Tuesday, 10 September 2013

KIta kena Usaha dan Usaha lagi...dan lagi,,dan lagi....

Salam.. Nak kerja? saya nk bagitau, walau pahit kena telan dan terima. OKU kalau nak kerja, kalau bersaing di pasaran terbuka, bakal majikan akan melihat kepada kelulusan, kemampuan kendiri, mampu melakukan kerja, tidak membebankan orang lain dan punya kelulusan. Zaman orang memberi kerja atas sebab perihatin hampir berlalu. Sekarang, zaman bersaing. OKU ke bukan OKU ke..semua bersaing, berebut untuk bekerja dan mendapat kerja yang baik dan mempunyai income yang baik. Kerajaan sendiri pn mencari pekerja/kakitangan yang berkebolehan, apalagi swasta yang mementingkan keuntungan. So wahai sahabat2 OKU..ada peluang belajar..belajar lah..cari kemahiran..sampai kita mampu bersaing di pasaran kerja secara terbuka. Kita tiada kekurangan pn sebenarnya selagi minda kita berfungsi. Yang duduk di kerusi manager..mengurus tak perlu guna tenaga pn..dia guna akal/minda.So kenapa kita tak boleh?? Posting ni bukan nak takutkan sahabat2 tapi nak sahabat2 berusaha dan tingkatkan keyakinan diri ....kuatkan smangat...cuba lagi dan lagi...usaha lagi dan lagi...jangan mengalah.. :))

2 comments:

  1. penemuduga : awak pakai tongkat ni boleh buat keje ke?

    lady : insyaAllah saya mampu buat ( dlm hati : org lain buat keje ngn kaki ker? )

    ReplyDelete
  2. Dulu lagi kelakar dan sakit hati. Dua dua perasaan ni ada serentak. Masa tu pergi temuduga jawatan Pembantu Kebajikan Masyarakat(PKM). Jawatan ni dipohon dan mereka dah tau yang kita ni berkerusi roda. Tiba-tiba penemuduga kata, 'oh, awak layak untuk jawatan ini tetapi kita perlukan seseorang yang tidak berkerusi roda sebab untuk ke sana kesini'.

    Aha...kalau dah mcm tu..apa guna panggil temuduga? lagi satu..kalau berkerusi roda..tak bleh ke sana sini ke? sekarang ni bukan ke sana sini je...malah bleh travel ke mana mana pn seorang diri..utara selatan tmur barat..Insyaaalah tak de masalah.

    Tu JKM sendiri.. hehehe (teringat 1% yang tak terpenuh sampai sekarang..ini la kot antara sebabnya :)

    ReplyDelete