Saturday 26 October 2013

DANA OKU 2014

Assalamualaikum wat. Budget buat OKU sebanyak 441juta diumumkan. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan terima kasih juga kepada rakyat Malaysia, kerana ini duit rakyat.

Kita harapkan agar alirannya jelas, untuk apa, siapa yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, kita harapkan ketelusan dan kebijaksanaan dalam pengurusan dana tersebut..

OKU perlukan pembangunan, selain dr penjagaan dan bantuan. Definisi OKU juga sudah melebar dan melebar juga lah harapan kita, dengan harapan agar ianya mestilah dalam lingkungan keperluan OKU, tidak ditiriskan kepada orang lain yang tidak kena mengena yang hanya ingin mengambil kesempatan.

Selepas ini kementerian atau Jabatan Perdana Menteri mesti mengeluarkan pelan strategik agar jelas aliran dana tersebut, agar berkesan dan menampakkan hasil. Keadaan skrg adalah sama seperti sejumlah daging yang terhidang di tengah tengah padang yang luas di mana semua kelaparan... Mesti ada pengawalan..kena ada pelan strategiknya. Tidak dapat tidak.

Akhirnya dgn adanya dana tersebut kemukakan perkembangan hasilnya, kemana dan bagaimana dana itu diuruskan , kemukakan terus kepada OKU melalui pembentangan yang telus. Biar semua menilai. Kemukakan juga kepada umum, biar rakyat tahu dan faham bagaimana dana itu digunakan.

Kotakan janji dan berfikirlah secara bijaksana dan berkesan. Jangan belanja pengurusan 80% dan yang sampai kepada OKU hanya 20%....

No comments:

Post a Comment