Monday 9 September 2013

BIla OKU Positif

Salam…..
Kita lesu, tepu dan kaku.  Gambaran betapa kita tidak mampu aktif dan positif.  Kalau tambah satu lagi perkataan OKU..ahaa sepadan lah tu..sinonim betul.  Inilah yang ada dalam kepala otak dan hujah manusia normal apabila berhadapan dengan konflik kepentingan, sekalipun OKU itu sebenarnya mampu berfikir sama tinggi, berperanan sama  tinggi dengan orang normal.
Ok…nak paham mudahnya macam ni… katakan OKU bekerja di satu tempat sebagai executive la contohnya, dia bagus, pencapaian dia baik..sehebat malah lebih hebat dr manusia normal yang sama level dengannya.  Apabila ini berlaku, manusia normal yang punya kepentingan yang sama akan mulai rasa sakit hati, cemburu, dan tak senang, sebab OKU mendahului dan lebih baik darinya.  Bersaing secara sihat, mereka kalah.
Lalu…akhirnya, yang mereka lakukan ialah membentuk persepsi, melebelkan OKU sebagai manusia lemah, beku dan tepu.  Hari demi hari, bukan seorang yang dibagitau, malah dihebahkan, akhirnya suatu kenyataan yang positif terhadap OKU sudah mulai bertukar menjadi negatif.  Sampai mulut ke mulut dan akhirnya mempengaruhi ketua jabatan dan pada masa penilaian prestasi, OKU dinilai rendah dan tidak adil.  Hanya semata mata persepsi negative yang direka oleh manusia normal yang tidak senang dengan pencapaian OKU.
Ini situasi yang berlaku.  So bagaimana mahu menghadapinya?
Pertama sabar.  Fahami dengan baik situasi tersebut.  Rancang strategi untuk menghadapinya.  Kenal pasti watak/pemain utama  yang memburukkan kita. Kekalkan keceriaan dan prestasi sedia ada.  Rekod semua hasil kerja bagi digunakan untuk menjawab sebarang tindakan salah apabila penilaian dilakukan kepada kita.  Ini boleh digunakan untuk dikemukakan kepada saluran yang betul dan biasanya rekod rekod kerja yang kemas, bukti-bukti kerja yang sistematik akan diberi perhatian oleh pihak atasan.
OKU perlu ada keberanian untuk bertindak…tapi kena smart dan bijak serta jangan marah-marah.  Kekalkan ketenanngan.  Kalau tak tenang dan marah…ianya akan digunakan lagi untuk mengambarkan kita(OKU) ini beremosi dan tidak terkawal perasaannya.  Sensitif dan sebagainya.  So sekali lagi..kekal tenang dan bertindak bijak.
Kekalkan juga perhubungan baik dengan semua orang. Ini penting sangat, sekalipun dengan mereka yang berniat jahat kepada kita.  Jangan terburu-buru bertindak.  Sabar, fikir dan rancang sebaik baiknya. 
Kalau ada apa apa tips lagi silalah tambah. J

2 comments:

  1. kebanykakan dr kita laluinya, malah orang normal yang baik pn laluinya...sb tu apabila kita melaluinya, kena faham situasi sebenar...faham apa yang tersirat dan tersurat.

    ReplyDelete